Pengikut
Ahad, 14 Julai 2013
Mengalah Bukan Bermakna Aku Kalah
Ada yang berkata ... mengalah bererti kalah..
Ada yang berkata ... mengalah bererti untuk menang..
Ada yang berkata ... mengalah untuk kebaikan..
Ada yang berkata ... mengalah karena memang tak mampu untuk menang..
Ada lagi yang berkata ... mengalah karena memang kalah.. he2..
Macam macam lah.. anggapan orang terhadap maksud mengalah.
bergantung pada permahaman dan maksud kalimat tersebut.
dan ketika mengalah bukan bererti kalah..
aku memilih untuk mengalah..
memilih berdamai dengan kata kalah..
bukan bererti aku menyerah kalah..
namun hanya lebih belajar untuk menjadi manusia yang lebih ikhlas..
kerana Aku yakin Dia tahu.. ( Allah Tahu apa yang tersirap didalam sanubari ku ) Masih ada lagi Insan-Insan mengharapkan aku sentiasa hadir dalam hidup mereka. Bersabar lah wahai putera & puteri ku....! akan sampai masa dan ketikanya. Sabar Mu akan mengembalikan kecerian mu. Apa yang terjadi kini adalah satu pengajaran buat kita agar kita sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang...
Ketika terdiam diri ini dihadapkan pada kenyataan yang terkadang menyakitkan.. Namun aku yakin semua nya akan datang ada akhirnya.. Di dalam kesepianku ini.. Aku cuba untuk bertahan.. Ya Allah.. Sesungguhnya hamba Mu ini tak sehebat yang mereka kira.. Namun aku percaya Engkau kan berikan Indah itu pada Waktunya.. Maaf kan aku yang tidak sempurna ini..
Isnin, 8 Julai 2013
Kiranya Ini Ramadhan Terakhir Buat Ku
Terfikirkan dosa lama yang mungkin belum terpadam
Memikirkan taubat yang entah ya atau tidak Dia terima
Warna hitam diri ini Hanya Dia yang tahu.
Ya Allah kiranya inilah ramadhan terakhir buat ku..
Ku mohon beribu keampunan dari Mu...
Kurniakanlah kelapangan buat ku untuk menyempurnakan suruhan mu,
Permudahkan lah segala urusan-urusan terakhir ku
Tenangkanlah perasaan ku dan jangan kau lalai hati ku untuk sentiasa mengingati mu.
Kurniakanlah kelapangan buat ku untuk menyempurnakan suruhan mu,
Permudahkan lah segala urusan-urusan terakhir ku
Tenangkanlah perasaan ku dan jangan kau lalai hati ku untuk sentiasa mengingati mu.
Ya Allah rahmati lah Aku dalam menempuh alam yang seterusnya yang harus ku tempoh.
Ahad, 7 Julai 2013
Aku Hanya Ingin Bicara
Setelah terlalu lama aku berfikir tentang sebuah erti
kehidupan dalam situasi begini ,
akhirnya sedikit demi sedikit terjawab juga, imbas perilaku hidup tak berperaturan
membuat aku lebih peka berfikir tentang erti hidup sebenarnya, ketika kita dibebani
oleh sesuatu masalah yang berjangka panjang kita hanya mampu berucap dan mengeluh, apakah kita hanya pasrah
begitu, tentunya kita sebagai makhluk yang produktif kita akan menjawab tidak,
kita harus berfikir dan merealisasikannya.
Semua yang lama sekarang menjadi hal yang baru bagiku, sederhana itu cukup, bersyukur atas apa yang kita punya itu lebih baik dari pada kita mengejar hal yang mungkin sangat sulit untuk kita tujui, bukan bererti kita berputus asa atau puas dengan keadaan sekarang, tapi lebih berhati-hati dalam mengambil sikap.
Semuanya sudah berakhir, hari-hari yang telah berlalu adalah hari pembelajaran bagi kita, walau banyak yang terluka itu kita simpan sebagai kenangan untuk kita, menjadi orang yang di benci itu sudah menjadi risiko dari prinsip yang kita ambil, setiap orang memiliki cara pandang yang berbeza saat menyikapi suatu masalah, jadi kita harus menghormatinya. setiap apa yang kita lakukan, dari yang baik sampai yang buruk pun memiliki risiko, dan itu pun adalah wajar.
Semangat, berfikir, dan merealisasikan itu saja yang aku punya, apakah aku sanggup menjalaninya? Insya allah tuhan akan memberikan jalan buat ku.

Amin............
Sabtu, 6 Julai 2013
Muhasabah Diri - Perkongsian VI
Duhai Hati.. Ada sedikit pesanan buatmu.. kau kata kau nak cari redha Allah..!
Betul ke..? Betulkah kau nak cari redha Allah..?
Kalau betul..
kenapa kau tidak serius..?
kenapa kau masih bermalas-malas..?
kenapa kau masih berlemah-lemah..?
kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan..?
kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan..?
kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh..?
Kenapa kau masih mempertikaikan apa yang dikehendakinya..?
kenapa?
kenapa dengan mu? Tanya kembali wahai hati ..
Betulkah kau mahu redha Allah?
Betulkah kau mahu cinta dan kasih-Nya?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar ' mahu ' yang keluar di bibir.
Kau ada kemahuan tapi kau tiada kemampuan,
Kau hanya cakap kosong penuh kesombongan.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan. jika engkau betul-betul mahu bukan..?
Maka buktikan lah..!
Buktikan pada siapa..?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya. Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.
Bila...?
Bermula pada detik ini. Saat ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi.
Sudah berlalu masa yang panjang dalam kehidupanmu.
Apakah ingin kau teruskan hidup tanpa kesungguhan mencari redhaNya..?
Cukuplah..! Cukuplah dengan masa lalu yang sia-sia itu.
"Inilah masanya!"

Jumaat, 5 Julai 2013
Muhasabah Diri - Perkongsian V
Pada suatu ketika, di Pinggir pantai dihujung minggu
seorang tua sedang memerhatikan gelagat anak-anak yang sedang bermain
pasir membentuk kota-kota lama dan lingkaran pagar.. Di dekat orang tua
tersebut kepada anak-anak kecil yang sedang bermain tersebut dan menyapa
mereka dan
berkata:
“Siapa diantara kamu yang mahukan duit sebanyak RM 50.00 " sambil menunjukkan sekeping wang kertas sambil mengipas-ngipas dirinya.!” Semua anak itu terhenti bermain dan seakan terkejut sambil mengangkat tangan dengan muka manis penuh senyum dan penuh berharap. Orang tua itu lalu berkata, “Mak Cik akan memberikan wang ini kepada anak-anak setelah semua melihat apa yang mak cik akan buat...Perhatikan .”
Orang tua tersebut meramas-ramas wang tersebut hingga lusuh. Di ramasnya terus sehingga beberapa minit. Ia lalu kembali bertanya “Siapa yang masih mahu dengan wang yang lusuh ini?” Anak-anak itu tetap bersemangat dan masih mengangkat tangan.
“Tapi,, kalau Mak Cik pijak bagaimana? “. Lalu, Orang tua itu menjatuhkan wang kertas tersebut itu ke pasir dan memijak-mijaknya dengan kaki. Di pijak dan di tekannya dengan kuat wang kertas tersebut hingga kotor. Beberapa minit kemudian, Ia lalu mengambil kembali wang tersebut.
Dan orang tua itu kembali bertanya: “Siapa yang masih mahukan wang ini?”
Tetap sama....! Anak-anak itu masih mengangkat tangan . Bahkan hingga mengundang perhatian setiap orang yang berada berhampiran anak-anak tersebut. Kini hampir semua yang ada di pinggir pantai itu mengangkat tangan untuk mendapatkan wang tersebut.
Moral:-
Cerita diatas sangatlah sederhana. Namun kita dapat belajar sesuatu yang sangat berharga dari cerita itu. Apapun yang dilakukan oleh orang Tua tersebut, semua kanak-kanak itu akan tetap menginginkan wang tersebut, Kenapa? karena tindakan orang tua tersebut tidak akan mengurangi nilai dari wang yang akan di hadiahkan. Wang itu akan tetap bernilai RM 50.00.
Perlu diingat, seringkali, dalam hidup ini, kita merasa bosan , tertekan, tidak bererti, takut,risau kehilangan minat,putus asa atas apa yang terjadi pada sekeliling kita, atas segala keputusan yang telah kita ambil, kita merasa rapuh. Kita juga kerap mengeluh atas semua ujian yang di berikan-Nya.
Kita seringkali merasa tak berguna, tak berharga di mata orang lain. Kita merasa di perlekehkan,diperbodohkan dan tidak dipedulikan oleh keluarga, teman, bahkan oleh orang disekelilingi kita.Namun, percayalah, apapun yang terjadi, atau bakal terjadi, kita tak akan pernah kehilangan nilai diri kita di mata Allah. Bagi-Nya, lusuh, kotor, tertekan, ternoda, selalu ada saat untuk keampunan dan maafaan.
Kita tetap bernilai di sisi Allah..Nilai dari diri kita, tidak timbul dari apa yang kita sandang, atau dari apa yang kita dapat. Nilai diri kita, akan dinilai dari akhlak dan perangai kita. Tingkah laku kita. Seberapa pun kita ditekan oleh ketidak adilan, kita akan tetap diperebutkan, kalau kita tetap konsisten menjaga sikap kita.
Akhlak ialah bunga kehidupan kita. Merupakan seberapa bernilainya manusia. Dengan akhlak, rasa sayang dan senang akan selalu mengikuti kita, dan merupakan modal bagi hidup kita.
Orang yang tidak mempunyai akhlak, meskipun ia berharta, tidak ada nilainya. Meskipun dia cantik, tapi jika sikapnya buruk dan tiada berakhlak, maka kecantikannya tiada berguna baginya. Begitu pula dengan orang yang berpangkat tinggi, tanpa akhlak, dia menjadi orang yang dibenci.
“Ya Allah ampunilah hamba-hamba mu ini yang telah mengkufuri nikmat yang engkau telah berikan”.

Muhasabah Diri - Perkongsian IV
Dalam perkongsian sebelum ni, aku ada tulis pasal keluhan , pasal kelemahan diri , pengharapan dan lain2 tapi kali ini aku nak tulis berkenaan apa yang biasanya perempuan dan lelaki harap dan mahukan daripada pasangan mereka. Utk perempuan aku tak nak tambah, cukup setakat tu. Tapi utk lelaki, ada satu benda yang seorang lelaki melayu nakkan daripada seorang wanita terutama bila dah kahwin iaitu KETAATAN.
Mungkin ramai org tak ambil kisah benda ni, tapi kepada kaum wanita, tahukan anda apabila seorang wanita berkahwin dgn seorang lelaki, ketaatannya berpindah daripada kedua ibu bapa kepada pihak suami. Seorang isteri wajib mentaati apa jua suruhan dan kehendak suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama, wajib menjaga maruah suaminya.
Haram mengaibkan suami dan menceritakan keburukan suami kepada orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. Tapi berapa ramai wanita melayu zaman millenium ini faham berkenaan hal ini. Berapa ramai kaum isteri yang faham yg segala apa jua dosa yg dia buat, suami dia yg tanggung? Berapa ramai isteri yang telah melakukan kederhakaan kepada suami mereka tanpa mereka sedari? Malah ada hadis Nabi yang menunjukkan betapa besarnya hak seorang suami kepada isteri dan betapa seorang isteri perlu memberi sepenuh ketaatan kepada suaminya, “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.”(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Aku ni bukannya memilih sangat, tapi aku kalau nak cari isteri, aku tak kisah kalau seseorang itu tidak pandai masak, atau kurang cantik, tidak berharta, anak yatim piatu atau tidak berpendidikan tinggi. Aku cuma mahukan seorang wanita boleh memberikan ketaatan sepenuhnya pada aku, menerima segala kelebihan dan kekurangan aku seadanya, sanggup tidak bekerja dan sudi menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga rumah dan membesarkan anak2, jaga keperluan aku dan keluarga, boleh hidup dan berpuas hati dengan pakaian, tempat tinggal dan segala KEPERLUAN yang aku sediakan mengikut KEMAMPUAN aku, bukan ikut KEMAHUAN nafsu diri yang macam2, tak kisah kalau aku hanya mampu menyediakan sebuah rumah apartment 3 bilik 2 bilik air dan sebuah kereta Proton Saga FLX utknya, boleh mendengar cakap aku, tidak bersolek dan berhias utk orang lain selain daripada aku, boleh melayan kehendak seksual aku bila2 masa sahaja selagi dia mampu, tidak banyak merungut, tidak meminta macam2, bersyukur dengan apa yang ada,tidak berkawan rapat dengan lelaki lain, sentiasa menyokong dan berada di belakang aku di saat aku memerlukannya, lebih mengutamakan aku berbanding orang lain, menjaga maruah aku dan diri sendiri apabila di luar dan lain2.
Masih wujudkah wanita melayu islam terakhir seperti ini di Malaysia? Kalau ada, aku akan bagi segala kasih sayang, sepenuh jiwa, perlindungan, kebahagiaan, harta dan akan ku jaga permata ku ini hingga akhir hayatku.
Tetapi... masih wujudkah wanita seperti ini? Apa yg aku tengok sekarang, isteri sekarang lebih ramai yg bekerja. Tidak mengapa bekerja, akan tetapi...
- Berapa ramai kaum wanita yg faham yang mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga?
- Berapa ramai isteri yg benar2 menjaga kelakuan, aurat dan akhlaknya apabila di tempat kerja?
- Berapa ramai kaum isteri yang lebih mengutamakan kerja, pangkat dan duit gaji mereka berbanding keluarga mereka?
- Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
- Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur?
- Berapa ramai yg mempunyai ramai teman dan kawan lelaki di tempat kerja dan lebih banyak meluangkan masa dengan mereka ketika di pejabat, bersosial ketika waktu lunch, dinner berbanding dengan suami dan anak sendiri?
- Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
- Berapa ramai wanita yg tanpa sedar tidak menjaga maruah suami dengan menceritakan segala masalah rumahtangga walaupun masalah kecil di Facebook?
- Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
- Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
- Berapa ramai wanita yang apabila di rumah lebih mengutamakan keperluan suami dan anak2 berbanding rancangan televisyen, telefon bimbit, internet dan Facebook?
Banyak lagi persoalan yang seorang isteri perlu jawab dan ketahui agar mendapat keredhaan seorang suami. Oleh itu kepada wanita2 di luar sana yg belum berkahwin, jangan ingat kahwin itu main2. Apabila anda dah kahwin, ingatlah bahawa diri anda, tubuh badan anda, adalah hak sepenuhnya suami anda.
Kalau rasa tak boleh atau tak mampu nak bagi semua tu kepada bakal suami anda, jangan la gatal2 nak kahwin. Dan kepada lelaki-lelaki yang belum dapat apa yang di cari teruskan mencari had andai perlu di penuhi..!
Muhasabah Diri - Perkongsian III
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI ORANG CACI .. Bila kita jadi baik, ORANG MELUAT orang mengangap kita sengaja buat buat baik ..
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.. Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KE? TAK INGAT DOSA KE ..?
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.. Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.!
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni MACAMLAH DIA BAIK SANGAT.. Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR itu ke cara tegoran orang BERIMAN..?
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH kau ingat aku ni JAHIL sangat ke..?
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT itu ke cara orang BERIMAN memberi nasihat ..?
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SIBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE banyak lagi kerja-kerja lain yang boleh di buat !
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "PEMALAS".. Aku kau nak jadikan HAMBA...! Tapi kau NAK TOLONG PON SUSAH...?
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. !
Tapi kita perlu ingat Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia...!
Jahat mana pun kita, Keras hati macam mana pun kita, Kepala batu macam mana sekali pun kita, Ayat2 ALLAH dapat mencairkan jiwa nurani kita, Dapat memberikan ketenangan dan melapangkan jiwa...
ALLAHUAKBAR...
Aku Redha dengan ketentuan-Mu
Sekian lama aku menempuh peritnya kerinduan ini, kini aku sedar bahawa segala ini adalah ketentuan dari mu Ya Allah...
Sejenak aku terfikir kenapa kerinduan ini susah aku lupuskan dari diriku ini, belum pernah aku rasa kerinduan sebegini hebat. Setiap nafasku kerinduan ini hadir dalam diriku membuat aku tidak keteruan.
Ibu ku sering berkata Allah hanya menguji kita dengan satu perkara iaitu perasaan bukannya dengan kemiskinan atau kesihatan. Kemiskinan, kesihatan dan lain adalah hak kita yang sudah tertulis. Allah hanya menguji perasaan kita contohnya marah, sedih, kecewa rindu dan lain...Perasaan rinduku inilah yang sedang meyelubungi diriku kini,
Ya Allah kuatkan aku menempuh dugaan-Mu..Kenapa semakin dekat dengan Mu, perasaan rindu ini makin kuat dan makin segar dalam ingatanku..Aku berserah padamu, sesungguhnya Kau adalah segalanya, hatiku milik-Mu dan hatinya milik-Mu jua. jika dia jodohku dekatkan aku padanya, jika dia bukan jodohku lupuskan perasaan rindu ini....
Aku redha dengan ketentuan-Mu.
Muhasabah Diri - Perkongsian I
Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku. Kita selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, kita selalu mengimpikan yang terbaik untuk diri kita tanpa kita sedar sebenarnya Allah dah tetapkan yang paling TERBAIK untuk kita.
Setiap hari kita merayu, mengharap dan berdoa akan sesuatu hingga suatu masa Allah berikan kepada kita perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak fikiran kita. Kenapa? Kerana Allah tahu itu yang TERBAIK untuk kita. Perkara yang baik tidak semestinya datang dalam bentuk yang baik. Perkara yang baik mungkin datang bentuk ujian supaya kita menjadi manusia yang lebih baik.
Kadang-kadang dalam hidup kita tak pernah sangka yang kita akan menangis, meratap akan sesuatu perkara hingga benda itu terjadi kepada kita. Kadang-kadang benda baik yang datang pada kita tapi orang anggap perkara itu sebagai perkara kurang baik. Kenapa? Sebab kita semua manusia, tiada siapa yang sempurna.
Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk puaskan hati semua orang. Aku tak mampu nak ikut patuh pada kata-kata atau perintah atau arahan semua orang tapi sekurangya aku cuba untuk tidak mengikari mereka.
Aku jadi sedih bila mana kegembiraan aku menjadi buah mulut (kata-kata negatif) orang lain. Salahkah dengan apa yang aku ada..? Semua orang berhak rasa gembira. Tak kan aku nak gembira pun nak ikut timing ko...? Tak kan aku nak bergurau pun nak ikut rentak ko..? Siapa kau nak tentukan setiap aturan hidup aku..?
Aku hidup berdasarkan apa yang Allah tetapkan pada aku. Apa yang aku kata berdasarkan kepada permahaman, Kalau sembanyang itu wajip , Berpuasa itu wajip" berzakat itu wajip" itu bukan kata Aku...Itu perintah Allah...Jadi kiranya Allah yang memerintahakan "Kewajipan itu perlu dituruti" kenapa perlu kau membelakangi....!
Ini apa yang aku dengar dari ustaz2..Apa yang aku baca dari buku2 rujukan. Kata2 aku adalah copy paste dari apa yang aku faham ... Tujuan aku nak sama-sama berkongsi supaya kita sama-sama faham bukan nak berlagak atau mengakui aku ini orang yang Alim atau pun berlagak untuk menjadi seorang ustaz.
Selemah2 iman seorang itu pun ia layak untuk menegur kiranya apa yang dia rasa betul dari pandangan hukum dan berlandaskan ajaran islam.selemah-lemah iman aku pun aku berhasrat kepada kebaikan apa yang aku buat pun untuk kebaikan kau jugak..!
kalau engkau rasa melawan mengingkari perintah Allah itu adalah kerana kehendak allah....Allah tahu kenapa kau bersikap sedemikian "Terus kan lah" ...! Aku tak paksa kau untuk jadi orang beriman, keimanan hanyalah anugerah allah kepada makhluk yang dia sayang.. Aku merancang hidup aku dan dalam masa yang sama aku tahu Allah sentiasa ada perancangan terbaik untuk aku.
Buatlah sesuka hati mu, Tetapi ingat lah bahawa apa yang kau lakukan itu akan pasti mendapat pembalasannya kelak. Bukan aku mendoakan keseksaan atau kecelakan kepada engkau tapi itu adalah pegangan dan ingat kepada sesama manusia yang Allah telah Janjikan....
Aku berdoa supaya aku sentiasa kuat dan tabah dalam hidup ini sebab aku tahu setiap ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada Aku. Setiap ujian itu adalah kerana Allah tahu aku mampu untuk hadapinya. Tapi kenapa mesti kau kata sebaliknya...? Aku stress dengan sikap kau. Kau pura-pura gembira sedangkan kau tak suka dengan berita kegembira aku...!
Aku hampir hilang semangat kerana kau. Kau tahu rezeki itu datang dalam banyak cara? Kau sedar atau tidak bahawa setiap yang berlaku adalah kerana kuasa Allah? Dia yang mengatur segalanya di atas bumi ini. Aku berharap dengan amanah yang aku tanggung aku akan mendapat redha dari allah , redha Allah lebih penting bagi aku dari mendengar nista yang yang kau lemparkan. Aku berusaha tapi Dia yang tentukan. Aku bukan sesiapa, aku hanya manusia biasa..! Kadang-kadang manusia mengundur diri bukan kerana dia putus asa tapi kerana dia memikirkan sesuatu yang orang lain tidak tahu.
Kau tahu apa yang berlaku dalam hidup aku..? Jangan kau fikir semua orang yang tidak layak berkhidmat dalam kerajaan itu orang yang tidak berguna ...! Jangan kau fikir semua yang berjawatan besar itu baik akidahnya dan baik dimata masyarakat. Jangan kau fikir semua makcik tukang sapu itu kolot. Orang yang sentiasa berada dirumah menguruskan kelengkapan dan keperluan anak dan suaimi tu orang yang ketingalan zaman dan tidak bertamadun.
Pernahkah kau terfikir mungkin antara makcik tukang sapu / makcik tukang cuci toilet itu anak-anak dari kalangan profesional? Siapa kau untuk menilai manusia....? Yang penting manusia itu bersyukur dan redha dengan anugerah yang Allah berikan.
Jangan kau fikir orang yang tersengih2 datang mengadap dan cuba membuat lawak di hadapan kau itu orang yang baik budi perkertinya..Kalau dia baik dia tak akan tersenggih datang mengunjungi kamu tanpa satu tujuan dan matlamat. Jangan kau fikir orang yang datang membawa sesuatu hadiah itu seorang penderma budiman disebalik hadiah yang diberikan pasti ada sesuatu yang diinginkan.
Jangan kau sombong dan bermegahan dengan kerjaya kau dan pendapatan yang kau terima..kerana itu semua diatas keredhaan seseorang yang membolehkan kau mempunyai jawatan dan pendapatan. Jangan kau fikir kerana pendapatan yang kau dapat kau tidak memerlukan sokongan dan pertolongan orang lain.Kau mampu hidup mewah dan mampu menampung keperluan orang dibawah engkau. Apa maksud semua ni...? kesombongan ! Kemegahan .! Kufur dengan nikmat Allah.!!
Tanggungjawap aku kau persoalkan ...Habis tu tanggungjawap kau APA..?????
Siapa kau untuk tentukan tinggi rendah darjat manusia? Pernah kau alami apa yang aku alami? Punya Isteri tetapi jauh..? Sakit pening semua aku tanggung sendiri..? Pernah kau rasa semua itu? Dalam kudrat tak seberapa aku gagahkan juga mengharungi jalan-jalan yang sibuk untuk mencari sesuat nasi untuk zuriat-zuriat yang diamanahkan kepada aku..? Sekecil kesilapan yang aku lakukan akan mendatangkan kecelakaan kepada aku..! Sehinggakan ada teman-2 yang pernah berkata kepada aku ni "boo lahh tu".
Ada kau rasa dengan keadaan sama macam aku? Aku bukan menagih simpati manusia. Cuba aku harap ada belas kasihan yang wujud dalam diri kau. Cuba untuk meletakkan diri kau dalam situasi orang lain. Jangan pandang manusia terlalu hina dan dengan sedikit kelebihan yang Allah beri menyebabkan kau lupa.......!

Bila aku memperumpama binatang kau kata Aku sifatkan kau seperti binatang, Bila aku memberikan perumpamaan Iblis kau kata aku mengatakan kau seperti syaitan...! Sumpah & maki menjadi mainan tapi belagak macam tok Iman.." Mana harga diri kau....! Mana maruah kau...!
Tanggungjawap aku kau persoalkan ...Habis tu tanggungjawap kau APA..?????
Siapa kau untuk tentukan tinggi rendah darjat manusia? Pernah kau alami apa yang aku alami? Punya Isteri tetapi jauh..? Sakit pening semua aku tanggung sendiri..? Pernah kau rasa semua itu? Dalam kudrat tak seberapa aku gagahkan juga mengharungi jalan-jalan yang sibuk untuk mencari sesuat nasi untuk zuriat-zuriat yang diamanahkan kepada aku..? Sekecil kesilapan yang aku lakukan akan mendatangkan kecelakaan kepada aku..! Sehinggakan ada teman-2 yang pernah berkata kepada aku ni "boo lahh tu".
Keputusan terakhir..
Rasanya
cinta diantara kami dah dikorbankan untuk kebahagian masing-masing.. Aku nampak
dua jalan berbeza dalam hidup.. Satunya adalah jalan yang membenarkan aku
menjadi seperti diri aku sebelum ini.. Dan yang lagi satu adalah jalan yang
menbenarkan aku terus melangkah tanpa berhenti.. Aku diberi pilihan untuk
memilih antara dua jalan tersebut..
Hmmm... Aku mengaku rasa kasih dan sayang aku pada dia masih tidak berubah sama sekali.. Tetap sama walaupun ketika ini.. Sebab mengapa orang lihat aku dah hilang rasa sayang itu adalah kerana aku menahannya daripada keluar..

Tak kira
dari mulut atau pun perlakuan.. Semuanya aku kawal.. Macam yang kawan aku
cakap, aku sekarang ni banyak memendam perasaan.. Tapi aku rasa memendam
perasaan hanya akan memburukkan keadaan.. Yang paling terseksa adalah jiwa
aku.. Jadi aku terpaksa mencari seorang kawan yang boleh dipercayai untuk
melepaskan rasa tersebut.. Seorang kawan yang boleh mendengar luahan hati aku
dan menemani aku diwaktu aku sangat lemah.. Hanya dia seorang saja yang
tahu macam mana keadaan aku waktu itu..
Bagi orang yang amat saya cintai walaupun cinta itu terpaksa dilepaskan sepenuhnya tanpa rela......
"Saya minta maaf kalau buat awak terasa".. Bukan niat saya nak buat awak macam tu.. Walaupun awak lebih memahami diri saya tetapi saya tidak boleh meluahkan rasa ini pada awak.. Itu akan mengeruhkan lagi keadaan... Saya tahu awak memang terasa hati sangat-sangat pada saya, tetapi maaf saya tidak dapat meluahkan perasaan itu bila bersama awak.. Awak pun dah bagitahu saya yang rasanya semua ini patut berakhir.. Saya tak nak awak berasa bersalah dalam apa jua hal diantara kita.. Saya yang banyak bersalah sebab tidak matang dan sangat kebudak-budakkan.. Saya juga langsung tidak berpengalaman dalam menangani hal ini.. Jadi apa yang boleh saya katakan adalah...
"kita bawalah diri ke haluan masing-masing supaya awak tidak rasa bersalah lagi".. kalau awak masih terasa, saya rasa saya perlu hilangkan diri dari hidup awak.. Niat saya dari dulu adalah tak nak buat awak terasa hati dengan saya walaupun sedikit.. Tapi rasanya saya terlalu lemah dan gagal untuk buat semua itu.. Saya tak layak untuk membahagiakan awak.. Orang yang disamping awak lah yang lebih layak dari saya..

Jadi kesimpulannya, Aku dah buat keputusan... Jalan yang patut aku lalui adalah jalan yang menuju ke hadapan, bukannya berpaling ke belakang.. Semua yang lepas dah menjadi sejarah silam bagi aku.. Ingin aku katakan ini buat kali yang terakhir.. Persahabatan yang ada antara kita tidak akan putus walau datang apa jua keadaan..Itulah yang pasti.. Dan sebagai seorang sahabat, jangan lah ada permusuhan sesama kita.. Jadi lah seperti waktu dulu.. Waktu yang kita saling tolong-menolong dan saling bergurau-senda sesama kita.... Waktu itu lah waktu yang paling mengembirakan aku..
Muhasabah Diri - Perkongsian II

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur....dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..
Apabila salah satu pintu kebahagia tertutup,yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita..kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat pernah dialami...
Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita rindukan sehinggalah ' ia' datang memberi kita seseorang .Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali..jangan harapkan cinta sebagai balasan..nantikan saja ia untuk mekar didalam hati mereka...tapi sekiranya ia tidak..! Pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang...satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tapi ia mengambil masa yang panjang dalam hidup....untuk melupai seseorang...!.
Jangan pandang kepada kecantikan ..kerana ia boleh jadi palsu..Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut...carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram....carilah yang membuat hati anda tersenyum..akan tiba satu ketika..didalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dalam mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar...Mimpilah apa yg anda inginkan,pergilah kemana -mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang utk melakukan semua perkara yg ingin anda lakukan....
Semoga anda memiliki kebahagia yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik ,percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda menjadi seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia... Selalu bayangkan diri anda didalam kasut seseorang...jika nada rasa ianya menyakitkan anda..fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga..kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik..mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.... kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis..mereka yang terluka..mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba..
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dgn senyuman..mekar dgn ciuman dan berakhir dengan tangisan...masa depan yg cerah..sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu.. Yang telah dilupakan..Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dgn sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam....
Semasa anda dilahirkan..anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum...teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti...andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis....
Renungan Hati~
Langgan:
Catatan (Atom)