Rasanya
cinta diantara kami dah dikorbankan untuk kebahagian masing-masing.. Aku nampak
dua jalan berbeza dalam hidup.. Satunya adalah jalan yang membenarkan aku
menjadi seperti diri aku sebelum ini.. Dan yang lagi satu adalah jalan yang
menbenarkan aku terus melangkah tanpa berhenti.. Aku diberi pilihan untuk
memilih antara dua jalan tersebut..
Hmmm... Aku mengaku rasa kasih dan sayang aku pada dia masih tidak berubah sama sekali.. Tetap sama walaupun ketika ini.. Sebab mengapa orang lihat aku dah hilang rasa sayang itu adalah kerana aku menahannya daripada keluar..

Tak kira
dari mulut atau pun perlakuan.. Semuanya aku kawal.. Macam yang kawan aku
cakap, aku sekarang ni banyak memendam perasaan.. Tapi aku rasa memendam
perasaan hanya akan memburukkan keadaan.. Yang paling terseksa adalah jiwa
aku.. Jadi aku terpaksa mencari seorang kawan yang boleh dipercayai untuk
melepaskan rasa tersebut.. Seorang kawan yang boleh mendengar luahan hati aku
dan menemani aku diwaktu aku sangat lemah.. Hanya dia seorang saja yang
tahu macam mana keadaan aku waktu itu..
Bagi orang yang amat saya cintai walaupun cinta itu terpaksa dilepaskan sepenuhnya tanpa rela......
"Saya minta maaf kalau buat awak terasa".. Bukan niat saya nak buat awak macam tu.. Walaupun awak lebih memahami diri saya tetapi saya tidak boleh meluahkan rasa ini pada awak.. Itu akan mengeruhkan lagi keadaan... Saya tahu awak memang terasa hati sangat-sangat pada saya, tetapi maaf saya tidak dapat meluahkan perasaan itu bila bersama awak.. Awak pun dah bagitahu saya yang rasanya semua ini patut berakhir.. Saya tak nak awak berasa bersalah dalam apa jua hal diantara kita.. Saya yang banyak bersalah sebab tidak matang dan sangat kebudak-budakkan.. Saya juga langsung tidak berpengalaman dalam menangani hal ini.. Jadi apa yang boleh saya katakan adalah...
"kita bawalah diri ke haluan masing-masing supaya awak tidak rasa bersalah lagi".. kalau awak masih terasa, saya rasa saya perlu hilangkan diri dari hidup awak.. Niat saya dari dulu adalah tak nak buat awak terasa hati dengan saya walaupun sedikit.. Tapi rasanya saya terlalu lemah dan gagal untuk buat semua itu.. Saya tak layak untuk membahagiakan awak.. Orang yang disamping awak lah yang lebih layak dari saya..

Jadi kesimpulannya, Aku dah buat keputusan... Jalan yang patut aku lalui adalah jalan yang menuju ke hadapan, bukannya berpaling ke belakang.. Semua yang lepas dah menjadi sejarah silam bagi aku.. Ingin aku katakan ini buat kali yang terakhir.. Persahabatan yang ada antara kita tidak akan putus walau datang apa jua keadaan..Itulah yang pasti.. Dan sebagai seorang sahabat, jangan lah ada permusuhan sesama kita.. Jadi lah seperti waktu dulu.. Waktu yang kita saling tolong-menolong dan saling bergurau-senda sesama kita.... Waktu itu lah waktu yang paling mengembirakan aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan