Pengikut

Ahad, 14 Julai 2013

Mengalah Bukan Bermakna Aku Kalah




Ada yang berkata ... mengalah bererti kalah..
Ada yang berkata ... mengalah bererti untuk menang..
Ada yang berkata ... mengalah untuk kebaikan..
Ada yang berkata ... mengalah karena memang tak mampu untuk menang..
Ada lagi yang berkata ... mengalah karena memang kalah.. he2..

Macam macam lah.. anggapan orang terhadap maksud mengalah. 
bergantung pada permahaman dan maksud kalimat tersebut.
dan ketika mengalah bukan bererti kalah..
aku memilih untuk mengalah..
memilih berdamai dengan kata kalah..
bukan bererti aku menyerah kalah..
namun hanya lebih belajar untuk menjadi manusia yang lebih ikhlas..

kerana Aku yakin Dia tahu.. ( Allah Tahu apa yang tersirap didalam sanubari ku ) Masih ada lagi Insan-Insan mengharapkan aku sentiasa hadir dalam hidup mereka. Bersabar lah wahai putera & puteri ku....! akan sampai masa dan ketikanya. Sabar Mu akan mengembalikan kecerian mu. Apa yang terjadi kini adalah satu pengajaran buat kita agar kita sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang...

Ketika terdiam diri ini dihadapkan pada kenyataan yang terkadang menyakitkan.. Namun aku yakin semua nya akan datang ada akhirnya.. Di dalam kesepianku ini.. Aku cuba untuk bertahan.. Ya Allah.. Sesungguhnya hamba Mu ini tak sehebat yang mereka kira.. Namun aku percaya Engkau kan berikan Indah itu pada Waktunya.. Maaf kan aku yang tidak  sempurna ini..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan