Duhai Hati.. Ada sedikit pesanan buatmu.. kau kata kau nak cari redha Allah..!
Betul ke..? Betulkah kau nak cari redha Allah..?
Kalau betul..
kenapa kau tidak serius..?
kenapa kau masih bermalas-malas..?
kenapa kau masih berlemah-lemah..?
kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan..?
kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan..?
kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh..?
Kenapa kau masih mempertikaikan apa yang dikehendakinya..?
kenapa?
kenapa dengan mu? Tanya kembali wahai hati ..
Betulkah kau mahu redha Allah?
Betulkah kau mahu cinta dan kasih-Nya?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar ' mahu ' yang keluar di bibir.
Kau ada kemahuan tapi kau tiada kemampuan,
Kau hanya cakap kosong penuh kesombongan.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan. jika engkau betul-betul mahu bukan..?
Maka buktikan lah..!
Buktikan pada siapa..?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya. Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.
Bila...?
Bermula pada detik ini. Saat ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi.
Sudah berlalu masa yang panjang dalam kehidupanmu.
Apakah ingin kau teruskan hidup tanpa kesungguhan mencari redhaNya..?
Cukuplah..! Cukuplah dengan masa lalu yang sia-sia itu.
"Inilah masanya!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan