Pengikut

Jumaat, 5 Julai 2013

Muhasabah Diri - Perkongsian IV



                                              

         (Isteri impian para suami)
Dalam perkongsian sebelum ni, aku ada tulis pasal keluhan , pasal kelemahan diri , pengharapan dan lain2 tapi kali ini aku nak tulis berkenaan apa yang biasanya perempuan dan lelaki harap dan mahukan daripada pasangan mereka. Utk perempuan aku tak nak tambah, cukup setakat tu. Tapi utk lelaki, ada satu benda yang seorang lelaki melayu nakkan daripada seorang wanita terutama bila dah kahwin iaitu KETAATAN.


Mungkin ramai org tak ambil kisah benda ni, tapi kepada kaum wanita, tahukan anda apabila seorang wanita berkahwin dgn seorang lelaki, ketaatannya berpindah daripada kedua ibu bapa kepada pihak suami. Seorang isteri wajib mentaati apa jua suruhan dan kehendak suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama, wajib menjaga maruah suaminya.

Haram mengaibkan suami dan menceritakan keburukan suami kepada orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. Tapi berapa ramai wanita melayu zaman millenium ini faham berkenaan hal ini. Berapa ramai kaum isteri yang faham yg segala apa jua dosa yg dia buat, suami dia yg tanggung? Berapa ramai isteri yang telah melakukan kederhakaan kepada suami mereka tanpa mereka sedari? Malah ada hadis Nabi yang menunjukkan betapa besarnya hak seorang suami kepada isteri dan betapa seorang isteri perlu memberi sepenuh ketaatan kepada suaminya, “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.”(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Aku ni bukannya memilih sangat, tapi aku kalau nak cari isteri, aku tak kisah kalau seseorang itu tidak pandai masak, atau kurang cantik, tidak berharta, anak yatim piatu atau tidak berpendidikan tinggi. Aku cuma mahukan seorang wanita boleh memberikan ketaatan sepenuhnya pada aku, menerima segala kelebihan dan kekurangan aku seadanya, sanggup tidak bekerja dan sudi menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga rumah dan membesarkan anak2, jaga keperluan aku dan keluarga, boleh hidup dan berpuas hati dengan pakaian, tempat tinggal dan segala KEPERLUAN yang aku sediakan mengikut KEMAMPUAN aku, bukan ikut KEMAHUAN nafsu diri yang macam2, tak kisah kalau aku hanya mampu menyediakan sebuah rumah apartment 3 bilik 2 bilik air dan sebuah kereta Proton Saga FLX utknya, boleh mendengar cakap aku, tidak bersolek dan berhias utk orang lain selain daripada aku, boleh melayan kehendak seksual aku bila2 masa sahaja selagi dia mampu, tidak banyak merungut, tidak meminta macam2, bersyukur dengan apa yang ada,tidak berkawan rapat dengan lelaki lain, sentiasa menyokong dan berada di belakang aku di saat aku memerlukannya, lebih mengutamakan aku berbanding orang lain, menjaga maruah aku dan diri sendiri apabila di luar dan lain2.

Masih wujudkah wanita melayu islam terakhir seperti ini di Malaysia? Kalau ada, aku akan bagi segala kasih sayang, sepenuh jiwa, perlindungan, kebahagiaan, harta dan akan ku jaga permata ku ini hingga akhir hayatku.

Tetapi... masih wujudkah wanita seperti ini? Apa yg aku tengok sekarang, isteri sekarang lebih ramai yg bekerja. Tidak mengapa bekerja, akan tetapi...

  • Berapa ramai kaum wanita yg faham yang mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga?
  • Berapa ramai isteri yg benar2 menjaga kelakuan, aurat dan akhlaknya apabila di tempat kerja?
  • Berapa ramai kaum isteri yang lebih mengutamakan kerja, pangkat dan duit gaji mereka berbanding keluarga mereka? 
  • Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah? 
  • Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur? 
  • Berapa ramai yg mempunyai ramai teman dan kawan lelaki di tempat kerja dan lebih banyak meluangkan masa dengan mereka ketika di pejabat, bersosial ketika waktu lunch, dinner berbanding dengan suami dan anak sendiri? 
  • Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja? 
  • Berapa ramai wanita yg tanpa sedar tidak menjaga maruah suami dengan menceritakan segala masalah rumahtangga walaupun masalah kecil di Facebook?
  • Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
  • Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
  • Berapa ramai wanita yang apabila di rumah lebih mengutamakan keperluan suami dan anak2 berbanding rancangan televisyen, telefon bimbit, internet dan Facebook?

Banyak lagi persoalan yang seorang isteri perlu jawab dan ketahui agar mendapat keredhaan seorang suami. Oleh itu kepada wanita2 di luar sana yg belum berkahwin, jangan ingat kahwin itu main2. Apabila anda dah kahwin, ingatlah bahawa diri anda, tubuh badan anda, adalah hak sepenuhnya suami anda.

Kalau rasa tak boleh atau tak mampu nak bagi semua tu kepada bakal suami anda, jangan la gatal2 nak kahwin. Dan kepada lelaki-lelaki yang belum dapat apa yang di cari teruskan mencari had andai perlu di penuhi..!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan