Pengikut

Jumaat, 5 Julai 2013

Muhasabah Diri - Perkongsian I

Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku. Kita selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, kita selalu mengimpikan yang terbaik untuk diri kita tanpa kita sedar sebenarnya Allah dah tetapkan yang paling TERBAIK untuk kita.

Setiap hari kita merayu, mengharap dan berdoa akan sesuatu hingga suatu masa Allah berikan kepada kita perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak fikiran kita. Kenapa? Kerana Allah tahu itu yang TERBAIK untuk kita. Perkara yang baik tidak semestinya datang dalam bentuk yang baik. Perkara yang baik mungkin datang bentuk ujian supaya kita menjadi manusia yang lebih baik.

Kadang-kadang dalam hidup kita tak pernah sangka yang kita akan menangis, meratap akan sesuatu perkara hingga benda itu terjadi kepada kita. Kadang-kadang benda baik yang datang pada kita tapi orang anggap perkara itu sebagai perkara kurang baik. Kenapa? Sebab kita semua manusia, tiada siapa yang sempurna.

Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk puaskan hati semua orang. Aku tak mampu nak ikut patuh pada kata-kata atau perintah atau arahan semua orang tapi sekurangya aku cuba untuk tidak mengikari mereka.

Aku jadi sedih bila mana kegembiraan aku menjadi buah mulut (kata-kata negatif) orang lain. Salahkah dengan apa yang aku ada..? Semua orang berhak rasa gembira. Tak kan aku nak gembira pun nak ikut timing ko...? Tak kan aku nak bergurau pun nak ikut rentak ko..? Siapa kau nak tentukan setiap aturan hidup aku..?

Aku hidup berdasarkan apa yang Allah tetapkan pada aku. Apa yang aku kata berdasarkan kepada permahaman, Kalau sembanyang itu wajip , Berpuasa itu wajip" berzakat itu wajip" itu bukan kata Aku...Itu perintah Allah...Jadi kiranya Allah yang memerintahakan "Kewajipan itu perlu dituruti" kenapa perlu kau membelakangi....!

Ini apa yang aku dengar dari ustaz2..Apa yang aku baca dari buku2 rujukan. Kata2 aku adalah copy paste dari apa yang aku faham ... Tujuan aku nak sama-sama berkongsi supaya kita sama-sama faham bukan nak berlagak atau mengakui aku ini orang yang Alim atau pun berlagak untuk menjadi seorang ustaz.

 Selemah2 iman seorang itu pun ia layak untuk menegur kiranya apa yang dia rasa betul dari pandangan hukum dan berlandaskan ajaran islam.selemah-lemah iman aku pun aku berhasrat kepada kebaikan apa yang aku buat pun untuk kebaikan kau jugak..!

kalau engkau rasa melawan mengingkari perintah Allah itu adalah kerana kehendak allah....Allah tahu kenapa kau bersikap sedemikian "Terus kan lah" ...! Aku tak paksa kau untuk jadi orang beriman, keimanan hanyalah anugerah allah kepada makhluk yang dia sayang.. Aku merancang hidup aku dan dalam masa yang sama aku tahu Allah sentiasa ada perancangan terbaik untuk aku.

Buatlah sesuka hati mu, Tetapi ingat lah bahawa apa yang kau lakukan itu akan pasti mendapat pembalasannya kelak. Bukan aku mendoakan keseksaan atau kecelakan kepada engkau tapi itu adalah pegangan dan ingat kepada sesama manusia yang Allah telah Janjikan....

Aku berdoa supaya aku sentiasa kuat dan tabah dalam hidup ini sebab aku tahu setiap ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada Aku. Setiap ujian itu adalah kerana Allah tahu aku mampu untuk hadapinya. Tapi kenapa mesti kau kata sebaliknya...? Aku stress dengan sikap kau. Kau pura-pura gembira sedangkan kau tak suka dengan berita kegembira aku...!

Aku hampir hilang semangat kerana kau. Kau tahu rezeki itu datang dalam banyak cara? Kau sedar atau tidak bahawa setiap yang berlaku adalah kerana kuasa Allah? Dia yang mengatur segalanya di atas bumi ini. Aku berharap dengan amanah yang aku tanggung aku akan mendapat redha dari allah , redha Allah lebih penting bagi aku dari mendengar nista yang yang kau lemparkan. Aku berusaha tapi Dia yang tentukan. Aku bukan sesiapa, aku hanya manusia biasa..! Kadang-kadang manusia mengundur diri bukan kerana dia putus asa tapi kerana dia memikirkan sesuatu yang orang lain tidak tahu.

Kau tahu apa yang berlaku dalam hidup aku..? Jangan kau fikir semua orang yang tidak layak berkhidmat dalam kerajaan itu orang yang tidak berguna ...! Jangan kau fikir semua yang berjawatan besar itu baik akidahnya dan baik dimata masyarakat. Jangan kau fikir semua makcik tukang sapu itu kolot. Orang yang sentiasa berada dirumah menguruskan kelengkapan dan keperluan anak dan suaimi tu orang yang ketingalan zaman dan tidak bertamadun.

Pernahkah kau terfikir mungkin antara makcik tukang sapu / makcik tukang cuci toilet itu anak-anak dari kalangan profesional? Siapa kau untuk menilai manusia....? Yang penting manusia itu bersyukur dan redha dengan anugerah yang Allah berikan.

Jangan kau fikir orang yang tersengih2 datang mengadap dan cuba membuat lawak di hadapan kau itu orang yang baik budi perkertinya..Kalau dia baik dia tak akan tersenggih datang mengunjungi kamu tanpa satu tujuan dan matlamat. Jangan kau fikir orang yang datang membawa sesuatu hadiah itu seorang penderma budiman disebalik hadiah yang diberikan pasti ada sesuatu yang diinginkan.

Jangan kau sombong dan bermegahan dengan kerjaya kau dan pendapatan yang kau terima..kerana itu semua diatas keredhaan seseorang yang membolehkan kau mempunyai jawatan dan pendapatan. Jangan kau fikir kerana pendapatan yang kau dapat kau tidak memerlukan sokongan dan pertolongan orang lain.Kau mampu hidup mewah dan mampu menampung keperluan orang dibawah engkau. Apa maksud semua ni...? kesombongan ! Kemegahan .! Kufur dengan nikmat Allah.!!
Bila aku memperumpama binatang kau kata Aku sifatkan kau seperti binatang, Bila aku memberikan perumpamaan Iblis kau kata aku mengatakan kau seperti syaitan...! Sumpah & maki menjadi mainan tapi belagak macam tok Iman.." Mana harga diri kau....! Mana maruah kau...!

Tanggungjawap aku kau persoalkan ...Habis tu tanggungjawap kau APA..?????

Siapa kau untuk tentukan tinggi rendah darjat manusia? Pernah kau alami apa yang aku alami? Punya Isteri tetapi jauh..? Sakit pening semua aku tanggung sendiri..? Pernah kau rasa semua itu? Dalam kudrat tak seberapa aku gagahkan juga mengharungi jalan-jalan yang sibuk untuk mencari sesuat nasi untuk zuriat-zuriat yang diamanahkan kepada aku..? Sekecil kesilapan yang aku lakukan akan mendatangkan kecelakaan kepada aku..! Sehinggakan ada teman-2 yang pernah berkata kepada aku ni "boo lahh tu".


Ada kau rasa dengan keadaan sama macam aku? Aku bukan menagih simpati manusia. Cuba aku harap ada belas kasihan yang wujud dalam diri kau. Cuba untuk meletakkan diri kau dalam situasi orang lain. Jangan pandang manusia terlalu hina dan dengan sedikit kelebihan yang Allah beri menyebabkan kau lupa.......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan