Pengikut

Ahad, 12 Oktober 2014

Jangan Suka Menunjuk-nunjuk



Renungan buat Aku Dan Sahabat....

Hari ni alhamdulillah setinggi- tinggi syukur kehadrat Allah kerana masih memberi peluang untuk kita bernafas dan menikmati apa yang Allah berikan...

Setinggi2 syukur juga kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang dan ruang kepada kita untuk bersama2 bertemu dan bermesra dengan sahabat2 yang kita kasihi.

Dihari ini aku terpanggil untuk mencatatkan sesuatu apabila inbox telegram aku diajukan pertanyaan , luahan Dan perasaan kurang senang mereka....

Kenapa aku ...? dijadikan tempat untuk mereka melepaskan perasaan kurang senang mereka....
Mungkin aku dikatakan berani memberikan komen2 yang pedas dan penuh ketegasan.....

So aku cuba yang terbaik untuk membantu melepaskan perasaan yg terpendam di hati mereka kerana aku sayang sahabat2 aku kerana mereka adalah sebahagian keluarga dalam hidup aku.....

Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.

Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi RIAK..?

Orang kata begitu juga dalam membuat IBADAH tak perlu nak canang satu dunia aku sembahyang lima waktu belum masuk sunat puasa segala bagai lagi.

Ikhlaskah kita bila bersifat begitu? bukankah telah mendatangkan takbur dalam diri, bila dah takbur takut kita lupa diri dan mengganggap kita lebih dari segi segalanya.

Bukan mempertikaikan soal ibadat seseorang tapi mempertikaikan cara, tak salah kita membuat sebarang kebaikan tapi alangkah cantik jika kita berdiam diri, pahalanya berganda, tak perlu kita menjadi sindiran dan umpatan orang atas sikap bermegah kita.

Begitu juga tentang BARANGAN, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk kelebihan dan keberadaan mereka,memang tak salah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperolehi. Orang cakap penat-penat kerja nak juga nampak hasil.

Tapi tunjuk tu biarlah yang logik tak perlu nak terlalu megah, dengan sifat ini kadang-kala merendahkan perasaan atau membuatkan seseorang terasa, kita mungkin tak sedar, atau mungkin kita tak berniat begitu.

Mulalah kita punya ayat dia jealous lah tu sebab tu dia cakap begitu, macam mana dia tak jealous sebab kita riak menunjuk-nunjuk.

Jadi nak tunjuk boleh tapi jangan suka menunjuk-nunjuk sudah, alih-alih nak harap orang puji kita lain pula yang kita dapat.

Aku berhajat untuk menjaga hablum minannas dan tunjangnya ingin melamar redha yang esa , jadi lihatlah apa yang Aku sampaikan (what), jangan dilihat pada diri Aku yang menyampaikan (who). Jika baik ambillah, jika salah tegur lah bicaralah secara ilmiah dan beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan