Firman Allah
bermaksud:
"…Sesungguhnya
Allah mencintai orang yang bertaubat dan orag yang membersih
dirinya."(surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah
S.A.W bermaksud:
"Kebersihan
adalah separuh daripada iman".(Riwayat Muslim).
Berdasarkan
keterangan diatas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin
selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubung
dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.
Orang menjaga
kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.
Rasulullah saw
bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah itu cantik ( indah ) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang
cantik(indah) dan bersih."(Riwayat Al Bazzar).
Justeru adalah
amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian
supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam
bilik air, luar dan di perkarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang
peribadi seseorang.
Jika diri, rumah
atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak bersih,
comot, busuk dan tidak teratur,ia secara tidak langsung menandakan diri dan jiwanya
juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak
atau berdisiplin.
Pada pandangan
Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan menjaga kebersihan
diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.
Berpakaian bersih
menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada
pandangan orang lain, sama ada zahir(pakaiannya) dan ahklaknya. Ketika hendak
berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, Tidaklah wajar seseorang
Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.
Nabi Muhammad saw
amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian , sehingga baginda dilihat
menjadi seorang yang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah bekata,
bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara
mereka. Sabdanya bermaksud:
"Sesungguhnya
kamu akan datang(menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal(alat
kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua
pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan
manusia.Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat
buruk." (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).
Begitulah antara
pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan dengan masyarakat
supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenangi hari dan
menyedapkan mata memandang.
Pakaian dan badan
boleh berbau busuk samada kerana tidak berbasuh atau tidak mandi. Justeru,
Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu, mengenakan bauan
sesuai, disamping membersih pakaian. Maka Allah memerintahkan Nabi saw
membersihkan pakaiannya.
Firman Allah
bermaksud:
"Wahai orang
berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu agungkan.
Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan…"(Surah al Mudassir, ayat 1-4).
Disamping
berpakaian cantik dan bersih, baginda rasulullah saw menganjurkan mengenakan
bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan
bau-bauan.
Annas Bin Malik
berkata:
"Aku tidak
pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak ada yang
harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw." (Riwayat Muslim).
Badan kita boleh
berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi hadas
besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak
memenuhi hak tubuh badannya,. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali
hendak bersolat lima waktu. Disamping menjadi sesuatu yang dituntu oleh islam,
kebersihan mencerminkan perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu
sendiri seorang yang amat prihatin dalam soal kebersihan atau sebaliknya.
Menjaga
kebersihan dalam rumah, misalnya, sepatutnya sentiasa bersih daripada sampah
sarap atau sawang-sawang samada di bilik tidur, dapur, bilik tetamu, bilik air,
tingkap, pintu , langsir atau siling.
Bilik tidur
adalah bilik utama. Ia ruang peribadi diri. Jika bilik tidur tidak kemas,
bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok
sana-sini, sampah sarap tidak sapu, maka melambangkan peribadi yang tidak
bersih.
Bilik air
merupakan ruang peribadi kedua selepas bilik tidur. Sudah tentu kebersihan
bilik air sangat penting untuk keselesaan kita menggunakannya. Juga tempat yang
digunakan untuk mengambil wudhu`. Kebersihannya perlulah diutamakan.
Ruang dapur
bukan sahaja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah
mengudang bahaya kepada ahli rumah. Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat
yang mudah terdedah kepada bahaya ialah dapur bahagian atau ruang dapur.
Ruang
makan/ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sebuah rumah. Ini kerana
bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu
yang datang. Ruang makan pula adalah ruang kita menjamu selera. Justeru ruang
tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang
datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.
Ruang pelajar
apatah lagi. Ruang untuk menimba ilmu seharusnya bersih dan kemas bagi
memudahkan kita menerima ilmu.
Bagi rumah orang
Islam, semua yang disebut di atas, perlu dijaga dan dibersihkan. Cuma rumah
orang yahudi dibiarkan kotor.
Perkara ini
disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"…bersihkanlah
halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah sarap. Janganlah
kamu menyerupai rumah orang yahudi." (Riwayat At Tarmizi).
Hadis di atas
menjelaskan bahawa sifat rumah orang yahudi kotor dengan sampah sarap dan najis
binatang dihadapan tangga dan di perkarangan rumah mereka.
Oleh itu, apabila
kita menyapu dan membuang sampah sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau
dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah, Selepas itu
dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan merata-rata sehingga mengganggu
orang lain.
Jalan masuk ke
rumah juga perlu dibersihkan. Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan
laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat. Sebaliknya
mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi
Muhammad saw yang bermaksud:
"memikul
orang yang lemah ke tempat solat sama pahalanya seperti bersolat. Membuang
gangguan, seperti duri najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti
bersolat." (Riwayat Khuzaimah).
Hadis itu
menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti
sampah sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan
solat. Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang
mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi
Muhammad saw bermaksud:
"Barang
siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah
mengutuknya."(Riwayat Ar Tabrani).
Dalam hadis lain
yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
"Siapa yang
mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia
mengutuknya."
Dalam sebuah
hadis, Nabi saw bersabda:
"Seutama-utama
iman ialah mengucap syahadah.Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di
jalanan".(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Khatib Al
Baghdadi meriwayatkan;
"Sesungguhnya
Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada masuk syurga
melainkan orang yang bersih".
Sesungguhnya soal
kebersihan bukan saja ada hubungan dengan iman, bahkan menentukan kedudukan
kita pada akhirat, samada dalam syurga atau neraka. Jika menurut Khatib Al
Baghdadi bahawa orang yang hanya masuk dalam syurga ialah orang yang menjaga kebersihan,
maka tentu yang pengotor akan masuk neraka.
Begitulah
gambaran betapa pentingnya menjaga kebersihan menurut apa yang dianjurkan oleh
Islam. Hingga menjelaskan kepada kita bahawa menjaga kebersihan menjadi sesuatu
yang sangat dituntut oleh Islam.
Jadi, seharusnya
masa yang ada ini kita gunakan sebaiknya untuk membersihkan rumah. Disamping
menambah keselesaan diri, kita mampu untuk menunjukkan imej sebagai seorang
muslim yang baik. Teringat seorang sahabat pernah ditegur oleh saudaranya yang
datang ziarah.
"kau ni
sibuk2 pagi usrah la, qiam dekat luar la, tapi bilik bersepah. Kalau nak
amalkan Islam, amalkan secara menyeluruh la, jangan la amik separuh2."
Kata-kata yang
pedas untuk diterima tapi itulah hakikatnya. Walaupun saudaranya itu tidaklah
mengikut usrah atau mendengar ceramah mingguan daripada ustaz seperti kita, dia
juga tahu bahawa kebersihan itu adalah perkara asas dalam agama. Kita sebagai
orang yang membawa imej islam, bercakap tentang islam, menulis tentang islam
haruslah lebih-lebih lagi peka pada isu kebersihan ini kerana asasnya di sini.
Jadikan Rasulullah saw contoh terbaik dalam membentuk peribadi diri. Baginda
juga sibuk dengan dakwahnya, banyak solat malamnya, sedikit pakaiannya tapi
yang terbaik dalam pemakain dan pergaulannya. Jangan sampai kita menjadi fitnah
kepada agama mulia ini dan menjauhkan orang laindaripada hidayahnya. Semoga
masa yang ada dapat dimanfaatkan untuk membersihkan seluruh rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan