SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni
dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan
mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.
Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu.
Lalu,di
manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak,
harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat dan
kedudukan, bangsawan atau kerusi yang empuk?
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Empat
perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)
perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang
baik, dan kenderaan yang bagus.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.
Namun
tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa
kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah
sekadar menunjukkan keutamaannya.
Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akanmemberikan ketenangan kepada suami.
Rumah
ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah.
Antaranya
sifat isteri
solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti
jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa
menutup aurat,memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami,
mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi,
bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia
rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat
lain.
Allah melukiskan menerusi al-Quran
mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat
(kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan
apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir
bersama,dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’
ayat 34).
Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas
mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai
perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan
perbuatan kebajikan.
Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.
Seterusnya,Nabi
Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang
bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan
engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan
dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa
ketiadaanmu di rumah.”
Isteri yang menggembirakan suami
atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar
wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntumkan senyum, tinggi
pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan,itulah
isteri solehah yang meriangkan suami.
Isteri
walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya,
kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.
Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini.
Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.
Bagaimanapun,kebahagiaan
dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya
jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati
tidaktenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak
akan merasa bahagia.
Rumah adalah tempat berteduh malah
menjadi syurga bagi mereka yang beriman. Dirumah juga seseorang akan
memperolehi ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri
solehah.
Jika rumah diibaratkan istana, maka suami
adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala
anak-anak adalah rakyat.
Allah berfirman yang
bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagaitempat tinggal
(tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).
Jiran
yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan
merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati,
dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi
perhatian.
Jiran baik tidak akan memberi sebarang
gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau
ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.
Malah,
jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan
kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita
ditimpa sesuatu musibah.
Oleh itu, sekiranya kita
memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada
orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti
mana kita rasai.
Kenderaan yang bagus juga adalah
faktorke bahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau
baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Sifat
manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus
akandapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa
memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan
yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang
perjalanan.
Namun dalam soal kenderaan ini, orang
beriman harus berwaspada atau berhati-hati, iaitu agar tidak sampai
kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi ’tuan’ kepadanya.
Sudah
kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa
diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau
dibersihkan.Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi
tumpuan untuk beribadat kepada Allah.
Apabila
kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu
sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.
Kenderaan
yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus
dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di
masjid,mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat.
Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau
melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
Dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan