Pengikut

Selasa, 10 Februari 2015

Rumah Ku Syurga Bagi Ku




Firman Allah bermaksud:

"…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orag yang membersih dirinya."(surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
"Kebersihan adalah separuh daripada iman".(Riwayat Muslim).

Berdasarkan keterangan diatas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubung dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.

Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu cantik ( indah ) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik(indah) dan bersih."(Riwayat Al Bazzar).

Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di perkarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.
Jika diri, rumah atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak bersih, comot, busuk dan tidak teratur,ia secara tidak langsung menandakan diri dan jiwanya juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak atau berdisiplin.

Pada pandangan Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan menjaga kebersihan diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.
Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir(pakaiannya) dan ahklaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, Tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.

Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian , sehingga baginda dilihat menjadi seorang yang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah bekata, bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara mereka. Sabdanya bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan datang(menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal(alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia.Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk." (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).

Begitulah antara pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan dengan masyarakat supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenangi hari dan menyedapkan mata memandang.
Pakaian dan badan boleh berbau busuk samada kerana tidak berbasuh atau tidak mandi. Justeru, Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu, mengenakan bauan sesuai, disamping membersih pakaian. Maka Allah memerintahkan Nabi saw membersihkan pakaiannya.

Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu agungkan. Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan…"(Surah al Mudassir, ayat 1-4).

Disamping berpakaian cantik dan bersih, baginda rasulullah saw menganjurkan mengenakan bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan bau-bauan.
Annas Bin Malik berkata:
"Aku tidak pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak ada yang harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw." (Riwayat Muslim).

Badan kita boleh berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi hadas besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak memenuhi hak tubuh badannya,. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali hendak bersolat lima waktu. Disamping menjadi sesuatu yang dituntu oleh islam, kebersihan mencerminkan perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu sendiri seorang yang amat prihatin dalam soal kebersihan atau sebaliknya.

Menjaga kebersihan dalam rumah, misalnya, sepatutnya sentiasa bersih daripada sampah sarap atau sawang-sawang samada di bilik tidur, dapur, bilik tetamu, bilik air, tingkap, pintu , langsir atau siling.

 Bilik tidur adalah bilik utama. Ia ruang peribadi diri. Jika bilik tidur tidak kemas, bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok sana-sini, sampah sarap tidak sapu, maka melambangkan peribadi yang tidak bersih.

 Bilik air merupakan ruang peribadi kedua selepas bilik tidur. Sudah tentu kebersihan bilik air sangat penting untuk keselesaan kita menggunakannya. Juga tempat yang digunakan untuk mengambil wudhu`. Kebersihannya perlulah diutamakan.

 Ruang dapur bukan sahaja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah mengudang bahaya kepada ahli rumah. Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat yang mudah terdedah kepada bahaya ialah dapur bahagian atau ruang dapur.

 Ruang makan/ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sebuah rumah. Ini kerana bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu yang datang. Ruang makan pula adalah ruang kita menjamu selera. Justeru ruang tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.


Ruang pelajar apatah lagi. Ruang untuk menimba ilmu seharusnya bersih dan kemas bagi memudahkan kita menerima ilmu.
Bagi rumah orang Islam, semua yang disebut di atas, perlu dijaga dan dibersihkan. Cuma rumah orang yahudi dibiarkan kotor.
Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"…bersihkanlah halaman dan perkarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang yahudi." (Riwayat At Tarmizi).

Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang yahudi kotor dengan sampah sarap dan najis binatang dihadapan tangga dan di perkarangan rumah mereka.

Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah, Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan merata-rata sehingga mengganggu orang lain.
Jalan masuk ke rumah juga perlu dibersihkan. Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat. Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"memikul orang yang lemah ke tempat solat sama pahalanya seperti bersolat. Membuang gangguan, seperti duri najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat." (Riwayat Khuzaimah).

Hadis itu menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti sampah sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan solat. Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
"Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya."(Riwayat Ar Tabrani).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
"Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya."
Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:
"Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah.Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan".(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Khatib Al Baghdadi meriwayatkan;
"Sesungguhnya Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada masuk syurga melainkan orang yang bersih".

Sesungguhnya soal kebersihan bukan saja ada hubungan dengan iman, bahkan menentukan kedudukan kita pada akhirat, samada dalam syurga atau neraka. Jika menurut Khatib Al Baghdadi bahawa orang yang hanya masuk dalam syurga ialah orang yang menjaga kebersihan, maka tentu yang pengotor akan masuk neraka.
Begitulah gambaran betapa pentingnya menjaga kebersihan menurut apa yang dianjurkan oleh Islam. Hingga menjelaskan kepada kita bahawa menjaga kebersihan menjadi sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam.

Jadi, seharusnya masa yang ada ini kita gunakan sebaiknya untuk membersihkan rumah. Disamping menambah keselesaan diri, kita mampu untuk menunjukkan imej sebagai seorang muslim yang baik. Teringat seorang sahabat pernah ditegur oleh saudaranya yang datang ziarah.

"kau ni sibuk2 pagi usrah la, qiam dekat luar la, tapi bilik bersepah. Kalau nak amalkan Islam, amalkan secara menyeluruh la, jangan la amik separuh2."

Kata-kata yang pedas untuk diterima tapi itulah hakikatnya. Walaupun saudaranya itu tidaklah mengikut usrah atau mendengar ceramah mingguan daripada ustaz seperti kita, dia juga tahu bahawa kebersihan itu adalah perkara asas dalam agama. Kita sebagai orang yang membawa imej islam, bercakap tentang islam, menulis tentang islam haruslah lebih-lebih lagi peka pada isu kebersihan ini kerana asasnya di sini. Jadikan Rasulullah saw contoh terbaik dalam membentuk peribadi diri. Baginda juga sibuk dengan dakwahnya, banyak solat malamnya, sedikit pakaiannya tapi yang terbaik dalam pemakain dan pergaulannya. Jangan sampai kita menjadi fitnah kepada agama mulia ini dan menjauhkan orang laindaripada hidayahnya. Semoga masa yang ada dapat dimanfaatkan untuk membersihkan seluruh rumah.

Ahad, 12 Oktober 2014

Jangan Suka Menunjuk-nunjuk



Renungan buat Aku Dan Sahabat....

Hari ni alhamdulillah setinggi- tinggi syukur kehadrat Allah kerana masih memberi peluang untuk kita bernafas dan menikmati apa yang Allah berikan...

Setinggi2 syukur juga kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang dan ruang kepada kita untuk bersama2 bertemu dan bermesra dengan sahabat2 yang kita kasihi.

Dihari ini aku terpanggil untuk mencatatkan sesuatu apabila inbox telegram aku diajukan pertanyaan , luahan Dan perasaan kurang senang mereka....

Kenapa aku ...? dijadikan tempat untuk mereka melepaskan perasaan kurang senang mereka....
Mungkin aku dikatakan berani memberikan komen2 yang pedas dan penuh ketegasan.....

So aku cuba yang terbaik untuk membantu melepaskan perasaan yg terpendam di hati mereka kerana aku sayang sahabat2 aku kerana mereka adalah sebahagian keluarga dalam hidup aku.....

Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.

Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi RIAK..?

Orang kata begitu juga dalam membuat IBADAH tak perlu nak canang satu dunia aku sembahyang lima waktu belum masuk sunat puasa segala bagai lagi.

Ikhlaskah kita bila bersifat begitu? bukankah telah mendatangkan takbur dalam diri, bila dah takbur takut kita lupa diri dan mengganggap kita lebih dari segi segalanya.

Bukan mempertikaikan soal ibadat seseorang tapi mempertikaikan cara, tak salah kita membuat sebarang kebaikan tapi alangkah cantik jika kita berdiam diri, pahalanya berganda, tak perlu kita menjadi sindiran dan umpatan orang atas sikap bermegah kita.

Begitu juga tentang BARANGAN, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk kelebihan dan keberadaan mereka,memang tak salah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperolehi. Orang cakap penat-penat kerja nak juga nampak hasil.

Tapi tunjuk tu biarlah yang logik tak perlu nak terlalu megah, dengan sifat ini kadang-kala merendahkan perasaan atau membuatkan seseorang terasa, kita mungkin tak sedar, atau mungkin kita tak berniat begitu.

Mulalah kita punya ayat dia jealous lah tu sebab tu dia cakap begitu, macam mana dia tak jealous sebab kita riak menunjuk-nunjuk.

Jadi nak tunjuk boleh tapi jangan suka menunjuk-nunjuk sudah, alih-alih nak harap orang puji kita lain pula yang kita dapat.

Aku berhajat untuk menjaga hablum minannas dan tunjangnya ingin melamar redha yang esa , jadi lihatlah apa yang Aku sampaikan (what), jangan dilihat pada diri Aku yang menyampaikan (who). Jika baik ambillah, jika salah tegur lah bicaralah secara ilmiah dan beriman.

Jumaat, 28 Februari 2014

Akhlak Yang Tercela



kerugian akhlak tercela lainnya adalah, ketika pasangan suami istri yang salah satunya memiliki akhlak tercela, misalnya isteri buruk akhlaknya maka doa sang suami tidak akan dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Maka disinilah pentingnya tarbiyah tentang akhlak bagi para isteri. Jika sudah ada gejala-gejala keburukan akhlak dari isteri maka suami wajib menasihati. Jika tidak mampu dan terus berperilaku akhlak buruk setelah diberi bimbingan, tarbiyah, pelajaran, intinya suami tidak mampu memperbaiki akhlak isteri dengan nasehat dan bimbingan maka dilakukanlah fasal yang kedua yaitu hajr. Maksud hajr yaitu: dibiarkan, dimusuhi, dijauhi, diboikot, tidak disapa, tidak diajak bicara berdasarkan firman Allah yang artinya, “Dan kepada wanita- wanita yang dikhawatirkan akan nusyuz mereka, maka didik mereka/bina mereka/ hajr mereka.” Hajr maknanya pisah ranjang namun dalam satu rumah. Ibnu Abbas radhiyallahu anhu menjelaskan bahwa makna hajr adalah tidak menegur dan tidak mengajak bicara mereka. Dengan kata lain mempraktekkan jurus GTM (Gerakan Tutup Mulut) selama beberapa waktu di hadapan istri.
Jika falsa ini tidak mengubah keburukan isteri maka fasal berikutnya adalah “wadhribuhunna” pukul mereka, dengan catatan tidak boleh memukul wajah, dan tidak boleh memburuk-burukan yakni dengan memanggil dengan gelaran yang buruk. Kemudian pukulan tersebut tidak boleh menimbulkan bekas apalagi sampai menimbulkan luka. Jika fasal ini tidak juga mengubah akhlak isteri bahkan ketika dipukul menangkis dan pasang kuda-kuda maka hal ini mengindikasikan sudah sangat buruk akhlaknya. Maka isteri yang seperti itu layak untuk diceraikan. Dan jika tidak diceraikan maka selama itu pula Allah tidak akan mengabulkan do’a suami yang memiliki isteri yang berakhlak buruk.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Hakim dalam Al Mustadrak dengan sanad shahih berdasarkan syarat Bukhari, dan hadits ini juga terdapat dalam Sisilah Ahadits Ash Shohihah karya Imam Al Albani rahimahullah no 1805 Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam:
" ثَلاَثَةٌ يَدْعُوْنَ فَلاَ يُسْتَجاَبُ لَهُمْ : رَجُلٌ كَانَتْ تَحْتَهُ اِمْرَأَةٌ سَيِّئَةُ الْخُلُقْ فَلَمْ يُطَلِّقْهَا ,
وَ رَجُلٌ كَانَ لَهُ عَلىَ رَجُلٍ مَالٍ فَلَمْ يَشْهَدْ عَلَيْهِ , وَ رَجُلٌ آتَى سَفِيْهاً مَالَهُ وَ قد قاَلَ الله 
عَزَّ وَجَلَّ : *( و لا تؤتوا السفهاء أموالكم )* " .
“Ada tiga golongan yang ketika berdoa kepada Allah, Allah tidak mengabulkan do’anya: seorang laki-laki yang memiliki isteri yang buruk akhlaknya namun tidak diceraikan, seorang lelaki yang dia diminta menjadi saksi atas transaksi pinjam meminjam kemudian dia tidak bersedia, laki-laki yang memiliki harta orang lain yang belum mampu untuk mengelolanya namun diberikan harta tersebut kepada orang yang belum mampu mengelolanya”
Selama dia memiliki isteri yang buruk akhlaknya maka selama itu do’anya tidak dikabulkan. Padahal sholat berisi do’a dan tidak akan dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Inilah salah satu pentingnya akhlak mulia dan kesan buruk keburukan akhlak buruk. Keburukan akhlak dapat memberikan kesn buruk kepada orang lain. Isteri yang buruk akhlaknya ternyata memberi kesan buruk kepada suami yakni berupa tidak dikabulkannya doa suami. Jika seorang suami memiliki isteri yang buruk akhlaknya menyebabkan tidak dikabulkannya doa suami, apalagi pemilik akhlak tercela tersebut yakni si isteri lebih-lebih lagi tidak dikabulkan doanya oleh Allah. 
 (Padahal Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memanjatkan doa yang berisi berlindung dari tidak dikabulkannya doa!!! Dan akhlak tercela menjadi penyebab tidak dikabulkannya doa. Nas alullah as salamah wal afiyah –red)
Inilah penjelasan tentang keburukan akhlak buruk. Dan dilanjutkan berkaitan akhlak dengan Aqidah ....” Selesai menyadur ceramah Ustadz Abu Haidar. Mudah-mudahan dapat dilanjutkan dengan penjelasan berkaitan akhlak dan aqidah yang disampaikan ustadz Abu Haidar.

Tambahan dari Redaksi:
Allah Aza Wajalaa berfirman dalam Al Qur-an yang merupakan Kitab Al Akhlaq tentang wajibnya mentarbiyah isteri dalam perkara akhlak:
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ قُوۤاْ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً
Wahai orang-orang beriman,  jagalah diri dan keluargamu dari api neraka (At Tahrim : 6 )
Berkata Amirul Mu’minin Ali bin Abi Thalib radiyallahu anhu ketika menafsirkan ayat tersebut:
((علموهم وأدبوهم)) رواه ابن أبي الدنيا في كتاب [العيال: 1/ 495]
Ajarkan (beri ilmu) dan ajarkan adab untuk mereka: Istri dan anak” (Tafsir Ad Durrul Mantsur Imam as Suyuthi rahimahullah)
Sebuah hadits yang menjelaskan kerugian yang diraih dari seorang wanita yang berakhlak buruk:
قِيْلَ لِرَسُوْلِ اللّهِ : إِنَّ فُلاَنَةً تُصَلِّي اللَّيلَ وَتَصُومَ النَّهَارِ (( وعند أحمد : إِنَّ فُلاَنَةً يُذْ كَرُمِنْ كَثْرَةِ صَلاَتِهَا وَصِيَامِهَاوَصَدَقَتِهَا )) وَفِي لِسَانِهَا شَيْءٌ يُؤْذِي جِيْرَانَهَا سَلِيْطَةً قَالَ لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ فِي النَّارِ وَقِيْلَ لَهُ إِنَّ فُلاَنَةً تُصَلِّي المَكْتُوْبَةَ وَتَصُوْمُ رَمَصضَانَ وَتَتَصَدَّقُ بِالأَثْوَارِ وَلَيْسَ لَهَا شَيْءٌ غَيْرُهُ وَلاَ تُؤّْذِي أَحَدًا قَالَ هِيَ فِي الجَنَّةِ
“Dari Abu Hurairah, “Dikatakan kepada Rasulullah, sesungguhnya si fulanah sholat malam dan berpuasa sunnah (Dalam riwayat Ahmad, “Sesungguhnya si fulanah disebutkan tentang banyaknya sholatnya, puasanya, dan sedekahnya”) namun ia mengucapkan sesuatu yang mengganggu para tetangganya, lisannya panjang?” [Berkata Ibnu Manzhur, “Jika mereka berkata  اِمْرَأَةٌ سَلِيْطَةٌ  maka maksud mereka ada dua yang pertama wanita tersebut adalah    طَوِيْلَةُ اللِّسَانِwanita yang panjang lisannya (banyak cakapnya sehingga menyakiti orang lain) dan yang kedua adalah حَدِيْدَةُ اللِّسَانِ wanita yang tajam lisannya” (Lisaanul ‘Arob (VII/320))] Rasulullah berkata, “Tidak ada kebaikan padanya, dia di  neraka”. Dikatakan kepada beliau, “Sesungguhnya si fulanah sholat yang wajib dan berpuasa pada bulan Ramadhan serta bersedekah dengan beberapa potong susu kering, dan ia tidak memiliki kebaikan selain ini, namun ia tidak mengganggu seorangpun?” Rasulullah berkata, “Ia di surga” [HR. Al-Hakim dalam al-Mustadrok (IV/183 no.7304), Ibnu Hibban (al-Ihsan XIII/77 no.5764), berkata al-Haitsami, “Dan para perawinya tsiqoh (terpercaya)” (Majma’ az-Zawaid VIII/169) dan dishohihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam shahih at-Targhib wat Tarhiib no.2560] 
Perhatian orang sholeh terhadap Adab dan Akhlak Istrinya
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
اِتَّقِ اللّهَ حَيثُمَا كُنتَ وَأَتبِعِ الِّيئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا وَخَالِقِ النَاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
“Bertakwalah engkau kepada Allah kapan dimana saja engkau berada, dan ikutilah suatu kejelekan dengan perbuatan baik maka kebaikan tersebut akan menghapus kejelekan tersebut, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”. [HR. At-Tirmidzi (IV/355 no. 1987), Ahmad (V/153 no. 21392), dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam shahihul jaami’ no. 97].
Berkata Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Arbain An Nawawiyyah ketika mensyarah (menjelaskan) hadits no 18 di atas yang berkenaan dengan akhlak yang baik terhadap manusia: “Dikisahkan bahwa ada seorang Nabi mengadu kepada Tuhannya tentang buruknya akhlak istrinya, maka Allah mewahyukan kepadanya, “Sesungguhnya Aku telah menjadikan hal itu sebagai keburukan yang kamu peroleh.” ...selesai mengutip penjelasan Imam Nawawi rahimahullah. Dalam kisah ini ada pelajaran tentang disyariatkannya mentarbiyah akhlak isteri. Bagaimana jadinya jika para suami tidak mempedulikan tarbiyah isteri dengan alasan yang dibuat-buat seperti sibuk mencari ma’isyah. Yang lebih tidak masuk akal lagi jika beralasan sibuk berdakwah atau berkhidmah dalam dakwah (???)
Pelajaran lainnya, Nabi ini mengetahui betul perkara akhlak tercela dengan kacamata ilmunya sehingga penilaian terhadap akhlak istrinya didasari dengan ilmu. Kecintaan terhadap istrinya tidak menutup mata dan telinga dari keburukan akhlak istrinya sehingga beliau berdoa kepada Allah. Karena perkara akhlak adalah perkara syariat maka menilai kemuliaan akhlak seseorang haruslah dengan parameter syariat dan bukan dengan perasaan, pikiran, adat istiadat, apalagi hawa nafsu. Disinilah pentingnya ilmu yang dapat membedakah hak dan bathil. Jika ilmu itu tidak dimiliki maka yang benar dapat dianggap bathil dan yang bathil dianggap benar. Kami telah kutipkan ceramah ustadz Abu Ihsan tentang parameter akhlak silahkan muroja'ah. Dan tidaklah ilmu itu didapat kecuali dengan menuntut ilmu. Dan tidaklah ilmu itu didapat kecuali dengan belajar. Dan tidaklah ilmu itu didapat kecuali dengan menghadiri taman surga yaitu majelis ilmu.