Wahai hamba-hamba Allah yang bergelar Islam... Janganlah kita bersikap sombong dengan apa yang Allah kurniakan.. Ingatlah Allah itu maha berkuasa dan berkehendak..
Jika dikehendakinya, sekelip mata sahaja harta benda kita akan ditarik balik.. Sesungguhnya rezeki itu hanyalah datang daripada Allah SWT... Janganlah kita berbangga dengan apa jua kelebihan yang kita miliki.. Itu semuanya hanyalah pinjaman sementara dari Allah,
Oleh itu bersyukurlah seadanya dengan nikmat Allah, bukannya menunjuk-nunjuk dengan kelebihan yang kita miliki...
Setelah
mata tertutup rapat,tubuh dibalut rapat dengan kain putih, ketika itu
yang menemani kita hanyalah tanah-tanah,cacing-cacing yang
bergelumang... Tiada lagi kemewahan yang dibawa bersama
ketika itu kecuali hanyalah tiga perkara seperti yang disebut dalam
hadis yang berbunyi ini ;
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila
seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu)
Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu
sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak
yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Oleh itu mari lah kita sama-sama muhasabah diri,cukupkah amalan kita selama ini?
Saya
menyeru kepada semua saudara saudari, kumpul lah sebanyak mungkin
amalan untuk dijadikan bekalan pada hari esok, bukannya bongkak dan
berbangga dengan apa yang kita ada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan